Tuesday, April 3, 2012

MINGGU 8 : PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN DAN LUAR TALIAN

TUGASAN INDIVIDU


PENGENALAN

Definisi ‘pengajaran atas talian’ ialah satu pengajaran di mana komputer  pengguna bersambung dengan talian internet. Pengajaran ini berlangsung dengan menggunakan bahan yang ada di internet dan digunakan secara langsung setelah mengaksesnya. Pengajaran dan pembelajaran yang diadakan melalui internet oleh banyak pelajar dan guru atau pensyarah dari lokasi yang berbeza. Pengajaran melalui komputer yang disambungkan ke rangkaian internet yang dapat berinteraksi secara audio dan video bersama-sama dengan pihak yang ketiga dan seterusnya
Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet . Pengajaran luar talian pula didefinasikan sebagai pengajaran yang menggunakan bahan dari internet tetapi tidak digunakan secara langsung ketika ianya dibuka. Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam satu fail. Lazimnya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.


KELEBIHAN PENGAJARAN SECARA ATAS TALIAN

i. Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan
ii. Kepelbagaian bahan di internet
iii. Dapat mengakses bahan dengan cepat


KEKANGAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN

i. Sukar mendapatkan talian diluar kawasan (pengguna broadband)
ii. Alat penyambung talian tidak berfungsi
iii. Persekitaran tidak mempunyai alat untuk menyambung talian jalur lebar


LANGKAH PENGGUNAAN LAMAN WEB BAGI MELAKSANAKAN PENGAJARAN ATAS TALIAN

Guru boleh menggunakan laman web yang berikut untuk digunakan sebagai bahan pengajaran. Langkah penggunaan laman web adalah seperti gambar rajah yang berikut:
Tentukan objektif pengajaran yang hendak dicapai.




BAHAN YANG BOLEH DIDAPATI DARIPADA INTERNET SEPANJANG PROSES P&P ATAS TALIAN IALAH:

PEMBELAJARAN DALAM DAN LUAR TALIAN DENGAN MENGGUNAKAN TAPAK DAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN

Sifat yang dimiliki oleh murid iaitu gemar untuk menggunakan komputer dan internet wajar diambil kesempatan oleh guru untuk menggunakannya dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Bagi membantu guru agar senang untuk mengunjungi laman yang berkenaan di internet, maka guru perlu menyimpan rekod penerokaan mereka dalam bentuk Fail Internet dan juga Katalog Alamat Internet.


Alamat Internet
Biskut   : http://resepi.mesra.net/Biskut/
Bubur   : http://resepi.mesra.net/Bubur/
Makanan Ringan : http://resepi.mesra.net/Makanan_Ringan/
Burung Bangau Dengan Seekor Ketam :http://members.tripod.com/isma_il/bangau.html


Katalog Alamat Internet
Tajuk
URL
Sinopsis
Seni Tenun Melayu
http://culture.melayuonline.com/?a=c3VUL29QTS9VenVwRnRCb20%3D=
Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.
Tatabahasa : Kata Nama
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm
Laman sesawang mengenaikata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama
Tajuk Tatabahasa : Penjodoh Bilangan
URL http://tatabahasabm.tripod.com/tata/pjodoh.htm
Sinopsis Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.
Tajuk Pakaian Tradisional
URL http://www.alambina.net/images/sintang_traditional.jpg
Sinopsis Gambar mengenai pakaian tradisional di Malaysia

Melaksanakan Simulasi Pengajaran Atas Talian Dan Luar Talian Dengan Menggunakan Laman Web Dan Tapak Pembelajaran

LANGKAH
PERKARA
Langkah 1
Guru mengadakan ulangkaji tatabahasa kepada murid
Langkah 2
Mencari soalan di internet
Langkah 3
Guru bersoal jawab dengan murid dan murid melakukan
perbincangan bersama rakan berkaitan soalan yang telah dijawab
Langkah 4
Mengadakan latihan berkumpulan mencari maklumat mengenai tatabahasa untuk dibuat karangan

HARAP ILMU INI DAPAT MEMBANTU DAN MEMBERI MANFAAT KEPADA ANDA

No comments: