Tuesday, April 3, 2012

MINGGU 15 : SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG.

TUGASAN INDIVIDU


SEMINAR


PENGENALAN

·         Seminar dikatakan sebagai satu cara di mana ramai orang berkumpul untuk membahas suatu masalah atau isu dalam  bimbingan seorang ahli yang menguasai bidangnya. Melalui seminar ini, Bahasa Melayu Berbantukan Komputer dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk memupuk kesedaran dan kepekaan dalam bidang  IT. Seminar ini juga dapat diperkenalkan kepada orang ramai terutamanya masyarakat luar.Seminar Bahasa Melayu Berbantukan Komputer ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat tentang penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

CIRI-CIRI SEMINAR
  • Mendedahkan peserta dengan perkara baru 
  • Memberi kesedaran kepada peserta supaya boleh menonjolkan diri dengan adanya seminar 
  • Memberi peluang membuat  perbincangan tentang Bahasa Melayu Berbantukan Komputer 
  • Menggalakkan setiap peserta mengambil bahagian untuk terlibat dengan seminar ini.
  • Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu Berbantukan Komputer antara peserta dan panel

KEBAIKAN SEMINAR
  • Menyediakan bahan dan keterangan yang baru
  • peserta dapat mempelajari topik secara mendalam

KELEMAHAN SEMINAR
  • Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
  • Susah untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
  • sering dijalankan untuk seminar pendidikan


PAMERAN

PENGENALAN

Pameran membawa maksud sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat yang tertentu. Pameran juga bererti suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses pembinaannya.


CIRI-CIRI PAMERAN
  • Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang
  • Mempamerkan bahan Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
JENIS-JENIS PAMERAN
BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Pameran tetap (Permanent Exhibition)
Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat
2
Pameran Sementara (Temporary Exhibition)
Pameran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan
3
Pameran Keliling (Traveling Exhibition)
Pameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap.

HARAP ILMU INI DAPAT MEMBANTU DAN MEMBERI MANFAAT KEPADA ANDA

No comments: