Tuesday, April 3, 2012

MINGGU 10 : MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

TUGASAN INDIVIDU

PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.


MENENTUKAN PERINGKAT PENGAJARAN DAN KEMAHIRAN BAHASA.

Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan
(i) Penentuan peringkat pengajaran
  • Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.
  • Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:

Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.

(ii) Kemahiran Berbahasa

Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebgai bahan bantĂș mengajar pada hari itu kerana ianya tidak relevan.


MENENTUKAN PRINSIP PEMBINAAN BAHAN VIDEO DAN AUDIO

Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.


PRINSIP PEMBINAAN BAHAN VIDEO DAN AUDIO

PENGGUNAAN ELEMEN TEKS

Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
  • Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
  • Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
  • Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
  • Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
  • Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.

PENGGUNAAN ELEMEN GRAFIK DAN VISUAL

Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
  • Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
  • Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

PENGGUNAAN ELEMEN VIDEO
  • Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain.
  • Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata. 
  • Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
  • Memasukkan unsur video di dalam sesebuah persembahan multimedia merupakan salah satu cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat.
  • Pelbagai teknik, kaedah serta teknologi boleh digunakan. Antaranya ialah seperti yang berikut:
~  Secara terus dengan menggunakan video digital.
~ Tetingkap video digunakan untuk menayangkan video dari cakera laser atau pemain pita video.
~ Tetingkap video menayangkan siaran TV secara terus dengan bantuan kad pendigital video yang sesuai

BENTUK VIDEO
ANALOG
 Video analog bukannya suatu bentuk data yang dikenali oleh komputer, ianya merupakan rakaman maklumat yang boleh dilihat sebagai suatu tturutan kerangka yang dikodkan sebagai isyarat elektronik yang berterusan secara kadar yang tetap iaitu kadar kerangka pada pita rakaman video (pita bergambar)

DIGITAL
Video digital juga melibatkan turutan kerangka yang berbentuk imej digital yang mungkin di mampatkan

FORMAT FILE YANG BIASA DAN SEDIA ADA BAGI VIDEO

MPG
  • Bermaksud Motion Pictures Expert Group. Format yang digunakan adalah untuk penghasilan VCD.
AVI (Audio Video Interleave )
  • Bermaksud Video for Windows.Ianya diperkenalkan oleh Microsft pada tahun 1992. AVI membolehkan audio dan video dimainkan secara serentak bagi sesebuah file video digital.
MOV
  • Merupakan format video untuk perisian Quicktime. Telah dibangunkan oleh Apple Computer Company.

PENGGUNAAN ELEMEN AUDIO
  • Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
  • Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
Penggunaan muzik/audio boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu:
1.Muzik latar belakang
  • Mewujudkan ‘mood’ dalam sesuatu persembahan
  • Menceriakan persekitaran
2. Kesan bunyi
  • Mewakili sesuatu bunyi
  • Memastikan pelajar peka terhadap persembahan multimedia yang guru lakukan
  • Contohnya, bunyi ‘ding’ atau ‘dong’ apabila butang diklik semasa persembahan
3. Narasi (penceritaan)
  • Tidak banyak digunakan dalam sesuatu persembahan kerana sedikit mengganggu persembahan
  • Dibina untuk memperkenalkan produk yang dihasilkan melalui muzik latar belakang dengan sokongan pembesar suara.
  • Boleh digunakan sekali sekala dalam aktiviti supaya pelajar tidak berasa bosan

PELBAGAI PERISIAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMEBINA BAHAN AUDIO DAN VIDEO.

 

PANDUAN MENGGUNAKAN ELEMEN ANIMASI
  • Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
  • Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.
MEMBINA BAHAN AUDIO DAN VIDEO
Menggunakan perisian Microsoft Window Power Point 2007





MENGGUNAKAN PERISIAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR BERTUTUR DAN MEMBACA
Cara memasukkan perisian audio ke dalam slide:



AUDIO DIBINA MENGGUNAKAN EASY MP3 SOUND RECORDER


Bahan audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalaui perisian yang dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.

HARAP ILMU INI DAPAT MEMBANTU DAN MEMBERI MANFAAT KEPADA ANDA

No comments: