Monday, April 2, 2012

MINGGU 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

TUGASAN INDIVIDU

Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Guru perlu memilih bahan bersesuaian dengan pengajaran bagi mendapatkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pemilihan bahan boleh merangkumi bahan:
·                                             Memilih bahan sastera
·                                             Memilih bahan tatabahasa
·                                             Memilih bahan bidang ilmu lain

Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Aspek-aspek penilaian

 Kewibawaan (Credibility)
Dinilai menerusi kewibawaan penulis atau pengendali laman web berkenaan
Ketepatan (Accuracy)
Merujuk kepada tarikh, fakta dan maklumat yang mengiringi sesuatu bahan sumber itu sama ada telah ditulis dengan betul atau tidak
Kewajaran (Reasonableness)
Merujuk kepada sama ada ia menggambarkan keadilan, pernyataan pendapat yang seimbang, sederhana serta ketekalan maklumat yang dipaparkan

Sokongan (Support)
Kejelasan sumber rujukan yang telah digunakan oleh penulis bahan sumber itu


Memilih Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:

·                                             Pantun
·                                             Sajak
·                                             Seloka
·                                             Gurindam
·                                             Cerita Pendek
·                                             Syair

Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah:
i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik


Faktor-faktor pemilihan bahan
Pemilihan bahan sastera perlu mengambilkira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah :


Pemilihan bahan tatabahasa
Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.

Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa :

Jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa boleh diperolehi melalui laman web
Dalam laman web ini mengandungi penerangan mengenai tatabahasa dan jenis-jenisnya

Jenis-jenis tatabahasa
·                     Kata nama
·                     Kata Hubung
·                     Kata kerja
·                     Kata sendi nama
·                     Kata nama khas

Memilih bahan bidang ilmu lain
Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan melayari pelbagai alamat URL. Namun sebagai contoh alamat URL bidang lain adalah seperti:



HARAP ILMU INI DAPAT MEMBANTU DAN MEMBERI MANFAAT KEPADA ANDA

No comments: